Republik Kelima Garde Nationale

Pada bulan Julai 2016, berikutan siri serangan pengganas yang didakwa dilakukan oleh Daesh di serata Perancis, Presiden François Hollande mengumumkan pembentukan semula sebuah Pengawal Kebangsaan yang terdiri daripada anggota simpanan dan sukarelawan. Ia ditubuhkan secara rasminya pada Oktober 2016[1][2] di mana ia termasuk anggota pasukan simpanan tentera, polis dan gendarmerie yang keseluruhannya 72,000 orang diselaraskan oleh setiausaha umum yang sama.[3] Keanggotaan dalam pasukan ini meningkat dengan drastiknya pada akhir bulan Oktober 2016 hasil sukarelawan daripada kalangan remaja yang didorong "memerangi keganasan" hasil insiden penembakan pejabat majalah Charlie Hebdo pada tahun tersebut; lalu jumlah tenaga kerja pasukan bertambah mencapai 85,000 orang pada tahun 2018.[4]